NIK Nazmi didakwa semula di Mahkamah Sesyen. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


Petaling Jaya : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menganjurkan perhimpunan 'Blackout 505' di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei 2013.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berikutan Hakim Azwarnida Affandi memerintahkan pembelaan dan pendakwaan memfailkan permohonan untuk membantah pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai penganjur Program Penerangan Negeri Selangor kerana gagal memaklumkan tempat perhimpunan kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Kelana Jaya, 8.30 malam, 8 Mei 2013.

Pada 7 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan tanpa membebaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2015 @ 11:20 AM
Skip this ad x