BOMBA memadamkan kebakaran setinggan Kampung Lupak Meluas Darat, Karamunting, Jalan Batu Sapi, pagi tadi. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Oleh Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my


Sandakan: Lebih 20 kediaman setinggan dihuni kira-kira 100 penghuni musnah dalam kebakaran di Kampung Lupak Meluas Darat, Karamunting, Jalan Batu Sapi, dekat sini, awal pagi tadi.


Kebakaran di Kampung Lupak Meluas Darat, Karamunting

Posted by Harian Metro * myMetro on Sunday, 4 October 2015


Dalam kebakaran kira-kira 3 pagi, semua rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Enam Sabah, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.03 pagi dan mengerahkan lima jentera bersama 19 anggota ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, bomba mendapati api sudah marak dan operasi memadamkan kebakaran segera dijalankan.

"Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan tercedera atau maut dan operasi tamat pada 6.30 pagi," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 1:54 PM