SHAIKH Abdul (dua dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan barang kemas tiruan yang dirampas.
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@hmetro.com.my


Melaka: Kehidupan mewah seorang penganggur terbongkar apabila ditahan di kediamannya di Kampung Lapan, Bachang di sini, kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pecah rumah dan rompakan.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, jam 5 petang.

Difahamkan, suspek yang sudah berkahwin turut menggunakan sebuah kereta mewah BMW 3 Series untuk menjalankan aktiviti jenayahnya bagi mengaburi orang awam dan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek yang bergerak secara solo itu dipercayai menjadikan rumah tidak berpenghuni, tadika serta kedai sebagai sasaran.

Katanya, suspek dipercayai bergiat aktif menjalankan aktiviti jenayah sejak awal tahun ini dengan kes terbaru pada 21 September lalu membabitkan kes pecah masuk sebuah kedai menjual barang perhiasan wanita di Kompleks Hang Tuah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 7:18 AM