Kenyataan akhbar palsu yang tersebar di laman sosial.
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan mengesahkan kenyataan akhbar berhubung penutupan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta tiga daerah lain di Sarawak esok yang tersebar di laman sosial adalah palsu.

Menurut kenyataan di laman web Kementerian Pendidikan, Twitter dan Facebook, kementerian menjelaskan menerima laporan berhubung edaran palsu yang diviralkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi WhatsApp.

Justeru, orang ramai dinasihatkan mendapatkan kenyataan media sahih dan rasmi hanya dari Portal Kementerian Pendidikan di www.moe.gov.my, Facebook (https://www.facebook.com/KementerianPendidikanMalaysia) dan Twitter (https://twitter.com/KemPendidikan) saja.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 5:51 PM