AINIL diberikan rawatan selepas alami keretakan tulang pinggul akibat terjatuh ketika berkelah di aras tujuh Air Terjun Berkelah, Paya Bungor.
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

Kuantan: Seorang wanita yang mengalami cedera parah selepas terjatuh ketika berkelah bersama rakannya di aras tujuh Air Terjun Berkelah, Paya Bungor, di sini, terpaksa bermalam sambil menahan kesakitan selepas usaha membawanya keluar gagal kerana keadaan laluan di lereng bukit dan berbahaya, dalam kejadian kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Ainil Fatihah Masfangi, 23, dari Klang, Selangor, mengalami keretakan tulang pinggul akibat terjatuh di atas batu sebelum mangsa menjerit meminta bantuan rakannya.

Difahamkan, mangsa bersama 15 rakannya menyertai trip terbuka anjuran sebuah syarikat tiba di pusat peranginan itu pada 26 September lalu, kira-kira jam 9 pagi sebelum memulakan aktiviti riadah.

Ketua Balai Bomba Taman Tas Mohd Zaki Mokhtarmin berkata, pada hari berikutnya, mangsa dipercayai tergelincir ketika ke atas batu selepas mandi di dalam sebuah kolam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 7:30 AM