Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Ketika datang ke negara ini pada 2001 untuk mencari rezeki, tidak pernah terlintas dalam fikiran Mark Adam atau nama sebenarnya Mark Macaraig Echivarre untuk membina kerjaya sebagai penyanyi.

Bakat penyanyi berasal dari Filipina itu berjaya menarik perhatian komposer terkenal DJ Fuzz yang menawarkan untuk menghasilkan lagu untuknya.

Selepas itu bermulalah episod baru dalam kehidupan Mark dan namanya mula dikenali ramai selepas single pertama Pencuri diikuti lagu Si Katak dan Marry Me menjadi siulan ramai.

Mengimbau semula kenangan ketika baru bergelar artis, penyanyi berusia 36 tahun itu berkata pada awalnya, pendengar tidak menyedari dia orang Filipina.

“Ketika single pertama dimainkan di stesen radio, ramai menyangka saya orang tempatan kerana membawa lagu Melayu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 6:56 AM