MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO Nur Saliawati Salberi
Oleh Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my


Melaka: Wanita warga emas maut selepas motosikal yang dinaikinya bersama suami terbabit dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) di susur keluar ke Bukit Palah, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa, Fatimah Mamat, 61, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mansor Manan, 63, hanya mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa bersama suami dalam perjalanan dari Melaka Sentral menghala ke Semabok sebelum terbabit dalam kemalangan.

"Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi kejadian motor dinaiki mangsa dipercayai dirempuh kereta dari belakang.

"Mangsa yang parah dikepala meninggal ditempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:06 PM