Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam ladang kelapa sawit di Machang Bubok, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat terbabit ditemui dengan sekurang-kurangnya tujuh kesan tikaman di badan.

"Hasil siasatan mendapati kepala mangsa ditutup plastik hitam dan kemungkinan dibunuh di tempat lain sebelum dibuang dalam ladang kelapa sawit itu.

"Pemeriksaan mendapati mangsa kemungkinan dibunuh sejak tiga hari lalu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan kes dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 11:19 PM