CUACA berjerebu yang dirakamkan di Jalan Skudai. FOTO Hairul Anuar Abd Rahim
Oleh Ibrahim Isa
Ibrahim.isa@hmetro.com.my


Johor Bahru: Tiga kawasan di negeri ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat jerebu, pagi ini.

Sehingga 11 pagi tadi, Pasir Gudang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 123, Larkin Lama (112) dan Kota Tinggi (101).

Bacaan IPU disiarkan laman Web Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan semua kawasan lain masih dalam keadaan baik.

Pada masa sama, bacaan IPU di Singapura hampir 200.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Bacaan IPU terkini boleh didapati ti http://apims.doe.gov.my/v2/.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 12:11 PM