SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim bersalaman dengan rakyat ketika hadir solat sunat Aidiladha. FOTO Mohd Azren Jamaludin

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, mengaminkan doa selepas solat sunat Aidiladha. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Oleh Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama ribuan jemaah selamat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Pasir Pelangi di sini, hari ini.

Baginda sebelum itu tiba bersama ahli keluarga diraja termasuk Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda Bustamam pada 8.20 pagi.

Sebaik selamat menunaikan solat sunat baginda dan ahli keluarganya sempat meluangkan masa bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco dan pegawai tinggi kerajaan.

Baginda dan ahli keluarga bersama pembesar negeri dilihat beredar meninggalkan perkarangan masjid sebaik selesai solat sunat Aidiladha.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2015 @ 11:07 AM