BROKOLI bersama kentang putar.
SUP cendawan.
AYU memastikan dua anaknya mendapat khasiat makanan seimbang.
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Ramai beranggapan susu ha­nya boleh diberikan secara terus kepada si manja. Namun, sebenarnya terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi menjadikan hidangan anak-anak lebih berkhasiat iaitu dengan mencampurkan susu ke dalam makanan si comel.

Ini diakui pelakon Ayu Raudhah Che Wan apabila mendapat idea mencampurkan susu dalam hidangan pejal anak sulungnya, Muhammad Aisy Qaiser sejak dia berusia setahun enam bulan.

“Oleh kerana susu penuh khasiat, saya mula mencampurkan susu dalam hidangan sup cendawan Aisy. Nampaknya dia sangat menyukainya kerana rasanya yang sedikit pekat dan sedap,” katanya.

Ayu memilih susu Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan* untuk kedua-dua anaknya kerana dia percaya Anmum Essential merupakan pilihan bijak bagi memenuhi keperluan pemakanan anak. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menyumbang kepada masalah obesiti dan kerosakan gigi.

“Sebab itu ketika membeli susu saya menyemak kandungan nutrisi dan ramuan untuk memastikan susu yang dibeli tidak mengandungi gula tambahan* seperti fruktosa, gula perang, sukrosa, dekstrosa, pepejal sirap jagung, gula putih dan sirap glukosa.

“Sebelum membeli saya turut membaca label pada kotak susu. Saya dapati susu Anmum Essential mengan­dungi Gangliosida (GA®), DHA, FOS dan Inulin serta nutrien penting yang lain. DHA dan GA baik untuk perkembangan otak,” katanya.

Untuk anak kedua Muhammad Aisy Aryann, Ayu bercadang menyediakan hidangan yang sama bagi memastikan apa yang dinikmati Aisy turut sama diperoleh Aryann. Ini bagi memastikan mereka berdua mendapat khasiat makanan seimbang yang penting untuk tumbesaran mereka.

Selain itu, penggunaan susu Anmum Essential juga sangat menjimatkan. Tanpa gula tambahan* dalam Anmum Essential Langkah 3 ibu hanya memerlukan 28 gram untuk setiap hidangan.

Menu 1: Brokoli bersama kentang putar

Saiz hidangan: untuk empat orang

Masa penyediaan: 30 minit termasuk menghias

Bahannya:

- 1 labu brokoli

- 100 mililiter air suam

- 4 sudu teh susu Anmum Essential Langkah 3 (perisa asli)

- 1 biji kentang russet

- 1 sudu teh mentega

- ½ batang lobak merah (dihiris halus)

- 2 cawan sayur

- Stok ayam

- Sedikit lada hitam

Cara menyediakan:

1. Rebus brokoli dan kentang bersama stok ayam untuk memberikan rasa semula jadi kepada hidangan.

2. Lenyek brokoli dan kentang ketika masih panas. Tambah lobak merah untuk memberikan warna dan nutrisi berbeza.

3. Tambah susu Anmum Essential bersama mentega dan lada hitam.

4. Hidangkan apabila makanan tidak terlalu panas dan sesuai untuk si manja.

Tip: Bagi menggalakkan si comel menikmatinya, brokoli bersama kentang putar dibentuk comel. Kemudian minta anak-anak membuat dekorasi dengan menambah sayuran di atasnya. Ini kerana kanak-kanak lebih menyukai makanan yang dihias mereka sendiri.

Menu 2: Sup cendawan

Saiz hidangan: Untuk dua orang

Masa penyediaan: 30 minit

Bahannya:

- 150 gram cendawan segar yang dihiris halus (sebaiknya gunakan cendawan butang atau enoki)

- 1 ulas bawang putih dihiris halus

- 1 ulas bawang kecil dihiris halus

- 2 sudu teh mentega

- 2-4 sudu teh tepung jagung

- 1 cawan air

- 1 cawan stok ayam yang dimasak sendiri

- 1 gelas susu Anmum Essential (8 sudu teh susu dicampur 200 mililiter air suam)

- Sedikit garam

Cara menyediakan:

1. Panaskan satu sudu mentega di dalam kuali.

2. Tumis bawang putih, bawang kecil dan cendawan sehingga masak.

3. Angkat dan letakkan ke tepi.

4. Dalam periuk panaskan mentega bersama tepung jagung.

5. Kacau sehingga tepung bertukar warna perang.

6. Tambahkan stok ayam dan biar sehingga mendidih.

7. Kemudian tambahkan cendawan tadi dan biarkan mendidih selama 10 minit.

8. Tutup api, kira-kira 10 minit kemudian tambahkan susu Anmum Essential

9. Hidangkan kepada si manja apabila makanan tidak terlalu panas.

Tip: Jangan masukkan susu ketika hidangan sedang dimasak kerana ia akan menghilangkan semua nutrisi yang terdapat pada susu.

- Bagi ibu berkerjaya yang sibuk ke tempat kerja, mereka boleh memanaskan makaroni dan boleh disediakan sebagai bekalan anak-anak ke sekolah. Sup cendawan sesuai dimakan bersama makaroni.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 5:00 AM