Canberra: Seorang lelaki yang curang bersetuju ‘dihukum’ dengan membenarkan teman wanitanya membakar alat sulitnya menggunakan alat pelurus rambut.

Lelaki tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan membuat perjanjian bersama kekasihnya Bronwyn Parker, 22, dengan dirinya dicederakan jika curang.

Akibatnya, lelaki terbabit mengalami kesan lecur tahap ketiga pada kemaluannya selepas dikenakan ‘hukuman’ itu akibat tidur dengan bekas teman wanita.

Malah kecederaannya dianggarkan mengambil sehingga dua tahun untuk pulih sepenuhnya.

Bronwyn mengaku menggunakan alat pelurus rambut berkenaan ‘hanya untuk beberapa saat’ bagi menghukum kekasihnya itu yang dikenali menerusi Facebook.

“Memang kulitnya nampak melecur seperti daging yang dipanggang,” katanya ketika prosiding di depan Hakim Paul Muscat.

Muscat berkata, kejadian terbabit adalah antara yang paling aneh pernah dilihatnya.

Bronwyn dikenakan hukuman penjara tertangguh selama sembilan bulan selepas mengaku salah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2015 @ 7:19 AM