POKOK tumbang menghempap kenderaan.
ANTARA jalan dilanda banjir kilat.
Oleh Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak dua jam lalu menyebabkan beberapa jalan antaranya Jalan Bangsar dan Jalan Tanah Lapang, Sentul, di sini, dilanda banjir kilat.

Selain itu, angin ribut sejak 3 petang tadi turut menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan sebatang pokok tumbang di Jalan Tun Razak menghala ke Sungai Besi yang menghempap sebuah kereta.

Menurutnya, kejadian banjir kilat dan pokok tumbang itu turut menyebabkan kesesakan di hampir semua jalan utama di sekitar ibu negara.

Beberapa anggota polis juga terpaksa dikerahkan ke lokasi terjejas untuk membantu melancarkan aliran trafik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 7:49 PM