ANGGAP setiap watak dilakonkan seperti menggilap bakat dan baiki kelemahan.
Oleh Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


Dia pernah berputus asa dan hampir meninggalkan karier lakonan kira-kira dua tahun lalu.

Namun, demi minat mendalam, pelakon meningkat naik, Mimi Ernida, 25, bangkit kembali demi mengejar impian dalam bidang seni tanah air.

Bermula dengan watak pembantu dalam drama bersiri popular Rindu Awak 200%, pemilik nama sebenar Nor Shamimi Ernida Mansor ini enggan menoleh ke belakang lagi.

Dalam drama itu, Mimi melakonkan watak Daria, kawan baik kepada watak utama dibawa pelakon popular, Ayda Jebat.

Terbukti watak Daria dalam drama itu berjaya membuka mata peminat sekali gus me­nyerlahkan nama Mimi sebagai pelakon.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 5:00 AM