Pemain THT, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil (tengah) berebut bola bersama pemain KLHC pada perlawanan akhir Piala TNB 2015 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. - Foto BERNAMA
Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Terengganu Hockey Team (THT) muncul juara Piala TNB selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menerusi penentuan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Hoki Nasional, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan THT berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada musim lalu.

THT terlebih dahulu di depan apabila penyerang Faizal Saari tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-36.

Bagaimanapun, kapten pasukan KLHC Muhammad Razie Abd Rahim menyamakan kedudukan dua minit kemudian, juga menerusi pukulan sudut penalti.

Perlawanan kemudian ditentukan menerusi penentuan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2015 @ 10:52 PM