Lebih 2,000 khemah siap dipasang di Arafah bagi menempatkan 22,320 jemaah haji Malaysia.

Makkah: Tabung Haji (TH) mengaturkan sesi ceramah dan taklimat untuk jemaah Malaysia sebagai persediaan akhir menjelang hari wukuf.

Wukuf bermula dari tergelincir matahari (masuknya waktu Zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar waktu Subuh pada 10 Zulhijjah.

Pengurus Ibadat Makkah Shahrul Azam Noor Zeli berkata, enam sesi ceramah dan dua sesi taklimat ibadat berjalan sejak jemaah haji Malaysia berada di Tanah Suci.

“Menjelang hari terakhir kami adakan sesi ceramah, taklimat masyair dan ulang kaji.

“Sesi ulang kaji beri penekanan rukun dan wajib haji,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2015 @ 5:15 AM