SHIRA memeluk anaknya yang tidak bernyawa lagi.
Agensi

Frankfurt, Jerman: Seekor gorila betina di Zoo Frankfurt di sini masih memeluk dan membelai anaknya yang mati sejak seminggu yang lalu.

Kisah gorila yang dikenali sebagai Shira itu menyentuh perasaan pengunjung dan pekerja zoo berkenaan apabila ia seperti enggan berpisah dengan anaknya.

Shira melahirkan anaknya itu beberapa minggu lalu, tetapi haiwan itu tiba-tiba mati ketika berusia seminggu.

Sejak itu, Shira dilihat memeluk dan membelai anaknya serta tidur bersamanya pada setiap hari.

Lebih menyedihkan, setiap kali bangun dari tidur, Shira dilihat cuba mengejutkan anaknya itu sebelum memeluknya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2015 @ 5:12 AM