NADZIM menunjukkan aduan yagn diterima PPIM. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Lebih 300 aduan pelbagai caj tidak munasabah diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak lapan bulan lalu.

Antaranya caj letak kenderaan, telekomunikasi dan stesen TV berbayar yang mengenakan caj tanpa notis.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, antara kes diterima termasuklah caj letak kereta RM4 untuk 12 minit dan RM400 untuk 4 hari.

"Caj sebegini perlu diselaraskan. Walaupun di pasar raya, jumlah dikenakan kepada pengguna tak sama. Ada masanya ia begitu menyusahkan pengguna apatah lagi ketika ekonomi tidak menentu ini," katanya pada sidang media, hari ini.

Nadzim berkata, PPIM akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk pihak berkuasa tempatan dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2015 @ 1:43 PM