Cabaran Moreno (3) menyebabkan Shaw mengalami patah kaki di Philips Stadion Eindhoven semalam. PIX Reuters

London: Manchester United berang dengan keputusan UEFA memberikan gelaran Pemain Terbaik Perlawanan kepada Hector Moreno yang mematahkan kaki Luke Shaw.

Terjahan pemain bek lawan minit ke-16 mengakibatkan Shaw mengalami patah di dua bahagian kaki dan berehat enam bulan ketika United tewas 2-1 kepada PSV Eindhoven.

United merasakan keputusan dibuat panel teknikal UEFA itu ‘tidak sensitif’ kerana peranan pemain antarabangsa Mexico itu menyumbang kepada kecederaan dialami Shaw.

Sumber di Old Trafford berkata: "Kami dapati ia pelik dan mengecewakan kerana UEFA memilih Moreno pemain terbaik perlawanan selepas apa berlaku kepada Luke." - Mirror

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 2:31 PM