Giroud dibuang padang dalam perlawanan menentang Dinamo awal pagi tadi. - Reuters

Paris: Kelab kerdil Eropah Dinamo Zagreb mengejutkan Arsenal 2-1 yang beraksi 10 pemain pada perlawanan Kumpulan F Liga Juara Juara awal pagi tadi.

Ia adalah kemenangan pertama kelab Croatia itu selepas mengharungi 16 perlawanan kejuaraan berprestij kelab utama Eropah.

Jaringan sendiri Alex Oxlade-Chamberlain dan jaringan Junior Fernandes memberikan Dinamo tiga mata sementara penyerang Perancis Olivier Giroud diarah keluar padang kerana menerima dua kad kuning di babak pertama.

"Ia bukan cara kami mahu memulakan pertandingan. Kami akan cuba menewaskan Zagreb di tempat sendiri selepas ini," kata pengurus Arsenal Arsene.

Juara bertahan Barcelona seri 1-1 di Roma sementara Chelsea mengenepikan cabaran Maccabi Tel-Aviv 4-0.

Willian dan Oscar menjaringkan gol separuh masa pertama sebelum Diego Costa dan gol lewat permainan Cesc Fabregas memastikan kemenangan Blues.

Kekalahan Arsenal episod terbaru permulaan buruk kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Manchester United tewas kepada PSV Eindhoven dan Juventus menundukkan Manchester City semalam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 12:14 PM