KAKI perlu dijaga dengan baik supaya penampilan kelihatan sempurna.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Setiap wanita mendambakan kaki yang cantik dan menawan kerana dalam mengenakan apa jua pakaian, kaki antara organ yang perlu diberikan perhatian.

Untuk mendapatkan kaki yang sempurna, penjagaan rapi amat diperlukan supaya penampilan tampak lengkap.

Bagi golongan wanita yang gemar mengenakan skirt pendek, kaki menjadi anggota tubuh yang perlu diutamakan supaya tidak nampak janggal.

Bagaimana ingin mendapatkan ton kaki yang sempurna tanpa parut, kulit kering ataupun bersisik? Berikut beberapa panduan yang boleh diamalkan supaya anda tidak lagi bimbang dengan penampilan diri terutama pada bahagian kaki:

- Cukur bulu kaki anda. Lakukannya secara perlahan, jika dilakukan terlalu keras atau kasar, dikhuatiri akan menyebabkan luka.

- Lembapkan kaki anda setiap kali selepas mandi.

- Gunakan bahan sental yang baik sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua minggu.

- Sebelum tidur, amalkan memakai losen supaya kulit kaki anda sentiasa lembap dan lembut.

Cara lain:

- Anda hanya perlu mendedahkan sebahagian daripada kaki dengan mencipta ilusi kaki panjang. Bagaimanapun, pastikan pakaian tidak terlalu pendek.

- Solek kaki anda dengan bahan pengilat supaya ia tampak berkilau.

- Memakai kasut tumit tinggi atau kasut menawan bagi mendapatkan imej memukau.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 8:24 AM