VAN hijau diparkir di rumah jiran suspek.
Oleh Mohd Fadly Samsudin dan Nabiha
fadly@hmetro.com.my

Kajang: Penjenayah lelaki ‘gila seks’ yang gemar menculik dan merogol mangsa dengan menggunakan kenderaan van hijau akhirnya berjaya diberkas polis, malam kelmarin.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan polis di rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, di sini, pada jam 10.30 malam kelmarin.

Hasil siasatan polis mendapati suspek mengaku pernah merompak dan memperkosa tiga mangsa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek ditahan susulan kes culik membabitkan seorang wanita berusia 47 tahun menggunakan van hijau, jam 8.30 malam, Isnin lalu.

Menurutnya, suspek kemudian membawa mangsa ke ladang sawit di Sepang sebelum dirompak dan cuba diperkosa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 7:28 AM