MAYAT belum dikenal pasti identiti dijumpai dalam tong dram. FOTO Siraj Mohd Zaini
Oleh Siraj Mohd Zaini

Subang Jaya : Mayat yang belum dikenal pasti identiti dijumpai dalam keadaan disimen dalam tong dram di USJ1 berhampiran Persiaran Subang Mewah, di sini, pagi tadi.

Mayat itu ditemui di lokasi di mana Pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) berada di situ, dipercayai ada kaitan dengan kes culik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 8.41 pagi dan sepasukan sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya ke lokasi kejadian.

"Ada mangsa yang tertimbus di dalam tong dram dan kerja bantuan memecahkan konkrit sedang dilakukan anggota bomba.

"Mayat mangsa masih belum dikenal pasti sehingga kini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:54 AM