GAMBAR menunjukkan lelaki itu berjubah (kanan) dan arak yang cuba diseludupnya (kiri).
Agensi

Riyadh: Pihak berkuasa kastam Arab Saudi menahan seorang lelaki yang cuba menyeludup 12 botol arak dalam poket rahsia yang dijahit pada seluarnya.

Ketua kastam Saudi di Tambak Raja Fahd yang menghubungkan Arab Saudi dengan Bahrain berkata, seorang anggotanya menyiasat lelaki itu selepas melihat dia berkelakuan ganjil.

Anggota berkenaan menemui 12 botol arak dalam 12 saku yang dijahit khas pada seluarnya, enam di depan dan enam lagi di belakang.

Penyeludup itu memakai jubah tradisional Saudi untuk menutup arak berkenaan, lapor portal berita Sabq.

Beberapa pengguna Internet melabelkan penyeludup itu ‘bodoh’ walaupun kejadian itu jarang sekali berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 7:08 AM