Oleh Nor Akmar Samudin dan Syanty Octavia Amry
am@hmetro.com.my

Pelakon cilik, Puteri Balqis Azizi yang baru berusia tujuh tahun mencipta sejarah dalam industri seni tanah air apabila muncul sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi lakonan mantapnya dalam drama berjudul Balqis pada Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Balqis yang mesra disapa Aqish itu juga kelihatan comel apabila dia didukung produser dan pelakon, Ziela Jalil di pentas ketika dia mahu menyampaikan ucapan.

"Sebelum ini Aqish pernah tercalon dalam ASK dan nampaknya tahun ini rezeki Aqish. Aqish akui pada awalnya berlakon memang susah, tetapi lama-kelamaan Aqish sudah biasa," katanya.

Balqis berkata, dalam bidang lakonan dia banyak mendapat tunjuk ajar daripada pengarah berkaliber, Erma Fatima.

Sebelum itu dia banyak terbabit sebagai pelakon tambahan dan ketika itu pengarah Kabir Bhatia yang banyak memberi bantuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:01 AM