IBU bapa mengambil anak tinggal di asrama selepas notis penutupan sementara sekolah diumumkan ekoran jerebu. FOTO Muhammad Sulaiman
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Sekolah yang ditutup kerana jerebu hari ini akan dibuka semula berdasarkan pengumuman dibuat Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini penutupan sekolah bergantung kepada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

"Sekiranya bacaan IPU diparas 150, sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar dan jika ia mencecah 200, sekolah perlu ditutup.

"Begitupun, kita akan berbincang semula dengan pihak Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar sama ada perlu menunggu bacaan IPU mencecah 200 untuk menutup sekolah," katanya.

Jelas Mahdzir, selain mengkaji semula bacaan IPU, kementerian juga akan melihat keperluan mengganti semula persekolahan yang tertangguh akibat jerebu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 12:30 PM