Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebentar tadi arahkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur (KL), Putrajaya, Negeri Sembilan (NS) dan Melaka ditutup, demikian diumumkan Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan dalam Twitternya malam tadi.

Semua sekolah itu ditutup pada Selasa susulan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Dalam pada itu, Banting merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat melebihi 200.

Bacaan terkini di Banting pada jam 11 malam tadi adalah pada 207, diikuti Nilai, 200

Selain itu, bacaan tidak sihat masih direkodkan di Port Dickson (195) dan Pelabuhan Klang (196).

Di Putrajaya, bacaan terkini adalah 186 meningkat berbanding 161 pada 6 petang tadi.

Kawasan lain yang merekodkan peningkatan IPU tidak sihat adalah Bukit Rambai, 193, Seremban (185), Petaling Jaya (172), Shah Alam (173) dan Bandaraya Melaka (175).

Secara keseluruhan, sebanyak 33 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2015 @ 12:17 AM