JIRAPHAT (kanan) bersama Lisa Surihani dan Dr Teh merasmikan kempen yang diadakan.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my

Tahukah anda bahawa separuh daripada rakyat Malaysia tidak memahami apa itu plak dan kesannya, namun mereka mengaitkan masalah kesihatan mulut dengan keyakinan?

Kira-kira 78 peratus daripada rakyat Malaysia bersetuju mereka kurang yakin sekiranya mempunyai pereputan gigi, manakala 77 peratus yang lain mengakui berasa tidak yakin sekiranya nafas berbau busuk.

Menurut pakar bedah dan implantologi gigi Dr Chow Kai Foo, plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu atau tempat strategik lain seperti pinggiran tampalan, korona dan celah gigi.

"Plak sering disalahtafsirkan sebagai sisa makanan yang melekat pada gigi. Secara saintifiknya plak gigi dikenali sebagai dental biofilm. Di dalam plak dianggarkan terdapat lebih daripada 1,000 spesies bakteria.

"Lebih banyak spesies bakteria baru ditemui di dalam plak gigi dengan peningkatan teknologi masa kini. Plak gigi ini satu komuniti bakteria yang kompleks dan melekap pada sesuatu permukaan," katanya.

Tambahnya, bakteria ini tidak terjejas oleh antibiotik, ejen antikuman dan sistem ketahanan badan kerana ia di bahagian luar badan manusia.

Apabila ia atau toksin yang dihasilkan berada dalam tisu, maka pertahanan badan mula bertindak dan menyebabkan keradangan gusi.

Kompleksiti plak dan kandungan bakteria ini bertambah mengikut masa apabila plak yang terjadi dibiarkan tanpa dibersihkan.

Memahami kepentingan penjagaan gigi, pakar penjagaan mulut lebih dari 50 tahun pengalaman, Oral-B melancarkan kempen 'Plaque Off. Smile On'.

Kempen ini diadakan bertujuan mendidik pengguna mengenai plak kerana punca utama masalah kesihatan mulut seperti nafas berbau, pereputan gigi, gigi sensitif dan gusi bengkak disebabkan plak.

Penolong Pengurus Jenama Oral-B ASEAN, Jiraphat Thansandose berkata, ekoran pengetahuan dan penjagaan gigi yang masih belum difahami sesetengah individu, kempen ini perlu dilaksanakan dengan lebih aktif.

"Separuh daripada rakyat Malaysia tidak tahu apa itu plak dan cara mengelaknya sekali gus ramai yang mengalami masalah mulut yang dibimbangi.

"Ini sekali gus memberi kesan kepada mereka secara emosi iaitu hampir 80 peratus mengakui kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang lain kerana masalah mulut yang dialami.

"Memilih berus gigi yang betul juga penting untuk menanggalkan sehingga 99 peratus plak. Justeru, rangkaian Oral-B Pro-Health membantu menanggalkan plak pada sudut 16 darjah secara berkesan terutama di bahagian yang sukar dicapai," katanya pada majlis pelancarannya, baru-baru ini.

Hadir sama, presiden Persatuan Pergigian Malaysia (PPM), Dr. Teh Tat Beng dan pelakon terkenal yang menjadi duta jenama itu, Lisa Surihani.

Ini kerana memiliki keyakinan terhadap tahap kesihatan mulut membolehkan kita berhubung dan mengekspresikan diri antara satu sama lain agar memperoleh kemanisan hidup yang lebih sempurna.

Sempena kempen itu, jenama berkenaan dengan kerjasama PPM menawarkan pemeriksaan gigi percuma di 50 klinik terpilih seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula penghujung November 2014.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/OralBMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:00 AM