Helikopter menggugurkan air ke atas hutan yang terbakar di Sumaetra. - Foto Reuters
Kepulan asap tebal akibat kebakaran hutan di Kampung Indralya Utara, Sumatera, semalam. Lebih 1,100 titik panas akibat kebakaran hutan dikesan satelit di Sumatera dan Kalimantan. - Foto Reuters

Jakarta: Indonesia menggunakan 14 helikopter bagi menggugurkan ‘bom air’ untuk memadam kebakaran hutan di Pulau Sumatera dan sebahagian Kalimantan yang menyebabkan asap tebal di kawasan kebakaran serta jerebu teruk yang melanda Malaysia dan Singapura.

Selain itu, kerajaan Indonesia juga melakukan pembenihan awan untuk menurunkan hujan.

Pihak berkuasa negara itu berusaha sejak minggu lalu untuk melakukan ‘pengeboman air’ itu serta pembenihan awan berikutan asap tebal dan jerebu bukan saja membahayakan kesihatan malah membahayakan penerbangan.

Menurut jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, sehingga lewat semalam, lebih 1,100 titik panas dikesan satelit di Sumatera dan Kalimantan.

Beliau berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat 26 syarikat dan pihak lain yang melakukan pembakaran haram. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 4:17 PM