MAYAT mangsa yang ditemui lemas. FOTO Rosli Ilham
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my


Dungun: Budak lelaki yang hilang ketika mandi di Sungai Kampung Wa, kelmarin, ditemui lemas kira-kira 9 pagi tadi.

Muhammad Alif Najmi Kamaruzaman,12, yang berasal dari Kampung Geliga, Kemaman ditemui timbul di permukaan air.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Imran Ismail berkata, gerakan mencari dan menyelamat yang masuk hari kedua menemui mangsa itu kira-kira tiga kilometer dari tempat dia dilaporkan tenggelam.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak termasuk anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung yang membantu melancarkan gerakan mencari dan menyelamat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 2:17 PM