BAHAN kimia tumpah di Lebuhraya Guthrie. FOTO ihsan bomba
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
am@hmetro.com.my


Shah Alam: Bahan kimia yang dibawa treler tumpah di kilometer 1.1 Lebuhraya Guthrie, berdekatan Seksyen U8, Shah Alam, pagi tadi.

Kejadian 7.20 pagi itu menyebabkan laluan lebuh raya berkenaan mengalami kesesakan teruk.

Bagi mengelakkan kesesakan lebih teruk, laluan kenderaan dialihkan ke TTDI Jaya untuk ke Shah Alam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, treler berkenaan membawa bahan asid nitrik dari sebuah kilang di Rawang.

Katanya, pasukan HAZMAT Bomba kini dalam usaha membersihkan laluan berkenaan.

"Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 10:34 AM