EMILIA mendukung dua anak orang utan di PERHILITAN Cheras.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tugas murni digalas seorang gadis yang diamanahkan menjadi ‘ibu angkat’ bagi menjaga dua anak orang utan diculik penjenayah dari Sumatera, Indonesia sejak 50 hari lalu.

Pembantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Emilia Emilly Joeneh, 27, berkata, tanggungjawab itu dilakukan atas sifat kasihkan haiwan bagi memastikan dua anak orang utan berusia kurang setahun itu sihat sebelum diserahkan semula kepada pihak berkuasa Indonesia.

Dia memberitahu mula diamanahkan menjaga dua anak orang utan diberi nama Citrawan (jantan) dan Bobyna (betina) itu sejak 25 Julai lalu.

“Kedua-dua anak Orang Utan itu sebelum ini diselamatkan PERHILITAN ketika cuba dijual sindiket yang menyeludup mamalia primat ini daripada Medan, Indonesia.

“Anak orang utan ini dipercayai ditangkap pemburu haram di hutan Sumatera sebelum cuba dijual di negara ini pada harga RM 20,000 seekor,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:21 AM