Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seramai 10 jemaah haji dari negara ini terbabit dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram, semalam.

Tiga daripadanya kini dirawat di hospital di Arab Saudi, enam lagi di Pusat Rawatan TH, manakala seorang dibenarkan pulag ke bilik penginapan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada satu sidang media sebentar tadi berkata, kesemua yang terbabit dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mereka dibantu pasukan petugas TH di sana.

"Pada jam 4 pagi waktu tempatan, didapati enam orang jemaah masih belum dapat dikesan iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

"TH sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah haji terbabit dan operasi ini diteruskan sehingga mereka ditemui atau dikenal pasti," katanya.

Ahli keluarga yang ingin mendapatkan perkembangan terkini boleh menghubungi Pusat Khidmat Operasi Mekah di talian 00966148389116.

Nama mangsa terbabit:

1.Zainul Arifin Zulkifli, 36

Batu Caves, Selangor

Patah tulang kaki

Hospital Syisyah TH

2. Mat Deris Mohd Noor, 62

Bachok, Kelantan

Cedera di kepala, patah tulang femur sebelah kanan

Hospital King Abdul Aziz

3. Faridah Mat Yacob, 46

Bachok, Kelantan

Cedera ringan di kepala

Klini Abraj Janadriah

4. Rusiah Baba, 50

Cheras, Kuala Lumpur

Lebam di tangan

Hospital Syisyah TH

5. Noordin Wahab, 59

Kuala Teregganu, Terenganu

Luka kecil

Kembali ke bilik penginapan

6. Ahmad Muzafar Mamat@Adam, 39

Bangi, Selangor

Cedera di kaki kiri

Hospital Syisyah TH

7. Mohd Nor Azman Hassan, 44

Cheras, Selangor

Patah tulang bahu

Hospital King Faisal

8. Faridah Mansor, 63

Dungun, Terengganu

Patah pergelangan kaki kiri

Hospital An Noor

9. Mohd Sharif Meon, 64

Klang, Selangor

Calar dan benkak bahu kiri

Hospital Syisyah TH

10. Abdul Razak Mahmood, 61

Tanah Merah, Kelantan

Luka di dahi

Klinik Abraj Janadriah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2015 @ 11:37 AM