PENDUDUK Kampung Sungai Malai mengharungi air bah.
Oleh Nur Syazwana Mansor
am@hmetro.com.my


Yan: Seorang wanita warga emas yang berdepan kesukaran berjalan disebabkan keuzuran melalui detik mencemaskan seorang diri selepas rumah didiaminya dinaiki air setinggi 0.5 meter akibat hujan lebat berikutan limpahan air Sungai Teroi, dalam kejadian di Kampung Sungai Malai, Teroi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi, 50 rumah di kampung itu dinaiki air juga disebabkan limpahan air dari Gunung Jerai dipindahkan ke surau berdekatan bagi mengelak keadaan bertambah buruk atas nasihat pihak berkuasa.

Mangsa Putih Ismail, 76, berkata, dia tinggal seorang diri di rumah kerana menantunya bekerja, manakala anaknya, Zaiton Osman, 48, ke sekolah menemani cucunya yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), manakala dua lagi cucunya bersekolah.

Menurutnya, dia mengengsot di atas lantai yang basah untuk naik semula ke atas katilnya sebaik menyedari rumah mula dimasuki air.

Katanya, ketika itu dia duduk berehat di atas lantai sebelum menyedari air bercampur lumpur mula memasuki ruang tamu rumahnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 September 2015 @ 5:19 AM