ANTARA tenggiling yang disimpan secara haram. FOTO ihsan Perhilitan
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


Alor Setar: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah merampas 97 tenggiling yang disimpan secara haram oleh lelaki di rumah diKampung Padang Buloh, Sungai Petani, dekat sini, pagi tadi.

Dalam serbuan 5.15 pagi tadi, sekumpulan anggota Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN negeri yang menerima maklumat berhubung penyimpanan haiwan itu secara haram bertindak memeriksa kediaman terbabit.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, hasil pemeriksaan menemui 97 tenggiling di dalam rumah terbabit.

Menurutnya, lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana memiliki spesies terjadual di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

“€œKita turut menyita dua kereta yang digunakan sebagai pengangkutan oleh suspek dalam urus niaga haram hidupan liar,” katany

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 12:53 PM