TRAFIK lancar selepas bermulanya transaksi tol tanpa tunai iaitu 100 peratus sistem elektronik di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
TRAFIK lancar selepas bermulanya transaksi tol tanpa tunai iaitu 100 peratus sistem elektronik di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
Oleh Azma Razana Johari
am@hmetro.com.my


Butterworth: Aliran trafik berjalan lancar dan tiada kesesakkan terutama di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang selepas pelaksanaan sistem kutipan tol 100 peratus elektronik di lima plaza tol di bahagian utara, mulai jam 12 tengah hari tadi.


ALIRAN trafik ke Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang

ALIRAN trafik ke Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang selepas pelaksanaan sistem kutipan tol 100 peratus elektronik di lima plaza tol di utara. VIDEO Shamsul Munir Safini

Posted by Harian Metro * myMetro on Tuesday, 8 September 2015


Ketua Pegawai Operasi Plus Malaysia Berhad (PLUS) Mohammad Fuad Khusairi berkata, lima plaza tol berkenaan ialah Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Kubang Semang, Lunas, Bukit Kayu Hitam dan Jitra.

Katanya, pelaksanaan berkenaan serentak dengan beberapa lagi plaza tol di Lembah Klang yang dikendalikan oleh syarikat konsensi lebuh raya lain.

"Ini bermakna semua transaksi tol dikendalikan secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, Touch n Go atau SmartTAG.

"Sistem ini juga bertujuan memudahkan selain melancarkan lagi transaksi tol,sekali gus membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa," katanya pada sidang media selepas pelaksanaan kutipan tol elektorik di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 2:49 PM