RAKAN sejawat dan keluarga mendiang Margaret memberi penghormatan terakhir, semalam.
Oleh Aliana Lohan
am@hmetro.com.my

Bau: “Saya mengesyaki kematian isteri mungkin ada unsur balas dendam, justeru saya mahu siasatan terperinci dijalankan supaya individu bertanggungjawab dikenakan hukuman setimpal,” kata Leon Bahak, 37, suami kepada Asisten Superintendan Margaret Tagum Goem, 32, yang terbunuh akibat dirempuh mat rempit di Kluang, Johor, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi, mendiang yang bertugas sebagai Pegawai Penguat Kuasa Trafik Cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dirempuh ketika mengadakan sekatan jalan di Kilometer 58, Jalan Batu Pahat-Mersing.

Mendiang yang berkhidmat lapan tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninggal dunia akibat pendarahan dalaman selain patah tangan dan tulang pinggul dirempuh motosikal ditunggangi seorang mat rempit berusia 17 tahun yang cuba meloloskan diri dalam operasi cegah lumba haram.

Leon berkata, dia yakin kematian isterinya mempunyai unsur balas dendam oleh sekumpulan penunggang motosikal terbabit apabila seorang pengguna laman sosial memuat naik satu kenyataan yang mendakwa berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.

“Saya mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan wajar terhadap suspek yang bertanggungjawab menyebabkan kematian isteri saya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 September 2015 @ 5:58 AM