Pertabalan Ratu Elizabeth II pada 2 Jun 1953. Pertabalan pertama disiarkan melalui televisyen menjadi majlis pertama dalam sejarah ditonton jutaan orang. - Foto The Independent
Ratu Elizabeth II pada hari pengumuman pertunangannya dengan (Putera) Phillip Mountbatten pada 1947. - Foto The Independent
Ratu Elizabeth II (kanan) bersama adiknya, Puteri Margaret pada 1933. - Foto The Independent
Ratu Elizabeth II dan suaminya Putera Philip (Duke Edinburgh) ketika perasmian persidangan Parlimen Britain tahun ini. - Foto The Independent

London: Ratu Elizabeth II bakal menjadi kerabat diraja Britain paling lama berada di atas takhta negara itu esok, mengatasi tempoh masa pemerintahan moyangnya, Ratu Victoria.

— 21 April 21 1926: Dilahir dan diberi nama Puteri Elizabeth Alexandra Mary di Mayfair, London. (Anak pertama Raja George VI dan Ratu Elizabeth).

— 20 November 1947: Berkahwin dengan Putera Philip Mountbatten (keturunan Greece dan Denmark).

— 14 November 1948: Melahirkan Putera Charles (kini Putera Wales - pewaris takhta).

— 15 Ogos 1950: Melahirkan anak kedua, Puteri Anne.

— 2 Jun 1953: Ditabalkan sebagai Ratu II ketika berusia 25 tahun.

— 19 Februari 1960: Melahirkan anak ketiga, Putera Andrew.

— 10 Mac 1964: Melahirkan anak keempat, Putera Edward.

— 1977: Meraikan Jubli Perak pemerintahannya yang ke-25 tahun.

— 2002: Elizabeth meraikan Jubli Emas pemerintahannya yang ke-50 tahun. Juga tahun kematian ibu dan kakaknya, Margaret.

— Disember 2007: Elizabeth menjadi kerabat diraja Britain paling lama hidup, mengatasi Ratu Victoria yang meninggal dunia pada usia 81 tahun.

— 2012: Meraikan Jubli Intan pemerintahannya ke-60 tahun. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 9:30 PM