ANTARA banrangan yang dirampas. FOTO Faris Zainuldin
Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Dua lelaki disyaki terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah di sempadan ditahan bersama dua senjata api dan peluru di rumah di Taman Hakimi Gual Sitok, Rantau Panjang, Ahad lalu.

Suspek berusia 32 dan 39 tahun di tahan Batalion 7 Pasukan Gerak Am (PGA) kira-kira 10.30 malam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan senjata api jenis Beretta dan Revolver serta 60 butir peluru.

"Dua suspek itu kini ditahan reman sehingga 13 September ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) , Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 dan Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berbahaya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2015 @ 2:57 PM