WANITA rendah perlu bijak dalam berfesyen.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Faktor ketinggian seseorang itu memainkan peranan besar dalam menentukan kesesuaian fesyen yang digayakannya sama ada penampilan kelihatan lebih menarik atau sebaliknya.

Walaupun ramai menyatakan berfesyen memerlukan keyakinan, terdapat helah tertentu yang dapat membantu menyembunyikan kekurangan pada ketinggian dan menampakkan ilusi tubuh tinggi.

Berikut 10 taktik yang boleh digunakan si pemilik tubuh rendah.

1. Pakai hanya satu atau dua warna daripada kepala ke kaki boleh memberikan bayangan tubuh menjadi tinggi lampai. Gabungan warna yang banyak dalam satu persalinan boleh ‘memotong’ ketinggian dan seterusnya membuatkan anda kelihatan rendah.

2. Kasut tumit tinggi antara langkah berkesan.

3. Gaya pinggang tinggi mencipta ilusi untuk kelihatan tinggi. Sebenarnya me­ngenakan seluar atau skirt berpinggang tinggi boleh mencipta ilusi tinggi. Lebih tinggi bahagian pinggang menampakkan kaki lebih panjang.

4. Boleh pakai gaun labuh. Ramai gadis yang bertubuh rendah takut hendak mengenakan skirt atau gaun labuh. Skirt berkedut penuh ada kebarangkalian menenggelamkan tubuh rendah, tip mudah bagi anda adalah gaun atau skirt ringkas tanpa perincian sarat.

5. Seluar yang sesuai adalah seluar sendat yang tidak gedoboh. Tapi percaya atau tidak, seluar jean potongan but atau sedikit kembang boleh menampakkan anda tinggi, namun elakkan seluar yang terlalu kembang pada kaki dan terlalu beralun.

6. Elakkan seluar singkat. Ia perlu dielakkan kerana seluar yang dipakai pendek (atas kasut) menampakkan kaki tebal dan pendek kerana bagi pemilik tubuh rendah, seluar yang dipakai labuh menutupi kasut boleh menampakkan anda tinggi.

7. Berhati-hati dengan saiz baju. Teliti saiz baju sebelum memakainya kerana baju yang terlalu gedoboh atau beralun ada potensi menenggelamkan diri anda.

8. Pilih tali pinggang nipis dan kecil. Tahukah anda, pilihan tali pinggang yang tidak menepati gaya bertubuh rendah boleh merosakkan penampilan. Tali pinggang boleh membahagikan bentuk tubuh kepada dua bahagian dan boleh menyebabkan anda nampak lebih pendek. Jika ingin mengenakan tali pinggang, pilih yang halus dan tipis, itu sudah memadai.

9.Pakai warna gelap. Warna gelap boleh menampakkan anda kemas dan berketerampilan kerana itu ada teori memberitahu hitam menampakkan ilusi ramping. Pemakaian warna gelap mencipta bayangan memanjang pada tubuh rendah.

10. Ubah suai. Jangan takut untuk ubah suai pakaian supaya bersesuaian saiz tubuh anda. Memendekkan atau memanjangkan boleh menampakkan ia padan dengan tubuh. Itu tip utama bagi pemilik tubuh rendah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:22 AM