Anggota polis berkawal di depan Kolej Sacramento ketika gerakan mengesan pelajar yang melepaskan tembakan menyebabkan seorang pelajar terbunuh dan seorang lagi cedera. - Foto AP

Los Angeles: Seorang pelajar lelaki terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di sebuah kolej komuniti, Kolej Sacramento, hari ini.

Menurut AFP, berikutan itu polis mengepung dan menutup kolej berkenaan bagi menjalankan siasatan kejadian yang berlaku di kawasan letak kenderaan kampus dan pelajar lelaki yang melepaskan tembakan, melarikan diri dengan berjalan kaki.

Jackie Flores, 50, yang tinggal di seberang jalan tempat kejadian berkata, dia terdengar lima tembakan.

Reuters melaporkan, lelaki itu, menurut polis, memakai seluar pendek tanpa baju dan kolej berkenaan belum mengumumkan nama dua mangsa dan penembak berkenaan yang dipercayai pelajar kolej itu.

Menurut polis, kejadian itu bermula dengan perbalahan membawa kepada pergaduhan sebelum tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada tiga pelajar itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 6:12 PM