Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kapar: Bekas banduan yang aktif dalam kes jenayah samun dan mencuri kenderaan di sekitar Selangor ditahan polis pada 20 Ogos lalu.

Suspek yang berusia 33 tahun itu ditahan di Taman Eng Ann, di sini, kira-kira jam 7 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Nor Omar Sappi berkata, soal siasat terhadap suspek mendapati dia terbabit dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan selain mempunyai rekod jenayah lampau.

"Susulan itu kami merampas sembilan kenderaan dan lapan daripadanya adalah dicuri.

"Suspek kini direman dan kita masih memburu saki baki ahli kumpulannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 12:25 PM