Kam Woo Sung meluahkan rasa gembira dan kepuasan ­sepanjang menjalani penggambaran drama drama My Spring Day.

Ia dikongsi Woo Sung dalam program hiburan MBC pada 2 November lalu apabila me­nyiarkan parti 'wrap-up' drama lakonan dirinya selain Sooyoung (anggota Girls' Generation), Jang Shin Young dan Lee Joon Hyuk.

Katanya, dia rasa mampu melakukan lebih baik daripada apa yang dilakukan dalam drama ini dan sedih apabila penggambaran drama ini ber­akhir.

"Sooyoung aktres terbaik pernah saya jumpa. Sebelum ini saya tidak pernah katakan kerana tidak mahu dia hilang fokus, tapi itulah pendapat jujur saya," katanya.

Sooyoung yang kebetulan ber­ada di sebelah Kam Woo Sung terkejut dengan pujian itu dan berterima kasih kerana diberi peluang bekerjasama ­dengannya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:00 AM