1. MULAKAN dengan menggariskan mata menggunakan penggaris mata hitam 01 M.
2. SAPUKAN pembayang mata hitam M 990 pada bahagian hujung mata, kemudian sapukan pembayang mata I love shu shu pallete E3. Sapukan E4 pada bahagian tengahnya dan ratakan menggunakan E1.
3. SAPUKAN pembayang mata E2 pada bawah bahagian tulang kening sebagai highlight dan sapukan E5 pada tengah kelopak mata. Ceriakan mata dengan melekatkan bulu mata palsu.
4. OLES gincu warna Yaz Red. Sapukan lebih sedikit daripada garis bibir untuk mendapatkan ilusi bibir tebal dan seksi.
5. SAPUKAN pewarna pipi M medium pic 561 pada pipi dan penuhkan bahagian kosong antara kening dengan warna coklat ‘hard formula seal 2’.
6. SIAP disolek.
RANGAKAIAN produk Yazbukey For Shu Uemera.
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my


Yazbukey For Shu Uemera, dianggap antara aksesori kosmetik yang perlu ada dalam hidup setiap wanita kerana ia mampu membuatkan wanita kelihatan lebih cantik dengan warna ceria.

Koleksi memukau dengan imaginasi mengkhayalkan, set alat solek yang diperkenalkan jenama terbabit kali ini pasti membuatkan wanita tertawan, seterusnya menjadi lebih menawan.

Mampu membuatkan setiap wanita tampil lebih yakin, set alat solek daripada rangkaian itu boleh menghasilkan beberapa karakter menarik dalam diri wanita, sekali gus membuatkan setiap mata pasti menoleh ke arahnya.

Menerusi solekan menggunakan produk terbaru daripada jenama itu, wanita boleh menampilkan sifat glamor, anggun, bijak, comel, romantik, positif, kreatif, berani dan seksi.

Antara warna gincu yang mampu menyerlahkan wajah termasuk merah, oren, merah jambu dan ungu, begitu juga dengan pewarna kuku disediakan dalam empat warna pilihan cantik.

Bedak asas, bedak muka, pembayang mata dan pewarna pipi daripada rangkaian itu juga mampu membuatkan wajah kelihatan segar dan membantu solekan tampak lebih kemas.

Produk berkenaan turut memperkenalkan minyak pencuci antikilat bagi mereka yang mengalami masalah liang roma besar dan kulit berminyak.

Ia dapat membebaskan kulit daripada minyak dan kekotoran yang melekat akibat persekitaran yang berdebu, selain liang roma tersumbat.

Produk itu dapat menyingkirkan bintik hitam dan minyak berlebihan pada kulit, tanpa mengeringkannya dan menjadikan kulit lebih sihat.

Bukan saja membuatkan kulit kusam kembali ceria, produk berkenaan juga membuatkan kulit kelihatan awet muda dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 8:49 AM