ANDY Go To School.
Agensi

Jakarta: Kerana inginkan anaknya berjaya dan kerap bergaul dengan pelancong asing ketika bekerja di Candi Borobudur di Jawa Tengah, seorang lelaki menamakan anaknya Andy Go To School.

Demikian menurut Andy Go To School ketika ditemui wartawan mengenai nama peliknya.

“Bapa saya bekerja di Candi Borobudur. Namanya Bulkin,” kata Andy Go To School yang lebih dikenali sebagai Goto dalam kalangan rakannya.

Goto yang kini anggota polis di Magelang Kota berkata, mungkin kerana sering bergaul dengan pelancong, bapanya tertarik untuk menamakan dia dan abangnya dengan nama Inggeris.

Menurutnya, abangnya dinamakan Happy New Year.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 6:56 AM