PETIKAN daripada ramakan video Nora Danish dan Nadim yang dimuat naik di Instgram Betty Rahmad.
Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon Nora Danish menafikan dia menjalin semula hubungan dengan bekas kekasihnya, Nedim Nazri berikutan tindakan rakannya yang juga pelakon, Betty Rahmad memuat naik video di Instagram menunjukkan Nora dan Nedim makan tengah hari bersama-sama, semalam.

Nora dalam kenyataannya kepada Harian Metro, baru-baru ini mengesahkan hubungannya dengan Nedim sudah berakhir.

Nora ketika ditemui berkata, video berkenaan dimuat naik bukan hendak mengelirukan sesiapa sebaliknya hendak memaklumkan walaupun sudah berpisah mereka tetap berkawan baik.



"Kami memang sudah berpisah dan perpisahan berlaku secara baik. Video yang dimuat naik itu bagi memberitahu walaupun sudah berpisah tiada permusuhan di antara kami sebaliknya kami tetap berkawan baik dan keluar bersama dengan teman-teman yang lain seperti biasa.

"Perpisahan ini juga berlaku disebabkan ada beberapa perkara yang harus kami selesaikan dan andai kata jodoh kami bersama semula saya tidak berani hendak kata lebih-lebih," katanya pada majlis tayangan perdana filem Polis Evo di sini, malam tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 12:24 AM