XPERIA M5 Dual
XPERIA C5 Ultra Dual

Dua telefon baru dilancarkan Sony Mobile Communications termasuk Xperia M5 Dual dan Xperia C5 Ultra Dual yang mula memasuki pasaran negara ini.

Xperia M5 Dual menjadi telefon yang mengekalkan tanda kekuatan Sony iaitu kalis air dan debu jenis IP68 meskipun tanpa pelindung bagi lubang USB.

Sudah pasti dengan Sony, anda memperoleh kamera mantap iaitu beresolusi 13MP dan ia bukan di belakang tapi kamera depan manakala kamera belakang menjangkau sehingga 21.5MP.

Xperia M5 Dual mempunyai skrin 5.0 inci dengan resolusi HD Penuh 1920 x 1080 selain dikuasakan Mediatek Helio X10 octa core 2.0GHz.

Manakala bagi Xperia C5 Ultra pula, ia datang dengan pemprosesan Mediatek MTK6752 octa core dan RAM sebanyak 2GB.

Telefon ini mempunyai slot kad memori mikroSD dan lengkap untuk dimuatkan dua kad SIM pada rangkaian 4G.

INFO

XPERIA M5 DUAL

- Harga: RM1,599

- Ciri: Kalis air dan debu

- Skrin: Lima inci

- Kamera: 21.5MP, 13MP (depan)

- Pemprosesan: Mediatek Helio X10 octa core 2.0GHz

- Berat: 142.6g

- Dimensi: 145 x 72 x 7.6mm

- OS: Android 5.0

- Bateri: 2600mAh

- Warna: Hitam, putih dan hijau

XPERIA C5 ULTRA DUAL

- Harga: RM1,399

- Berat: 187g

- Dimensi: 164.2 x 79.6 x 8.2mm

- Pemprosesan: Mediatek MTK6752 octa core 1.7GHz

- RAM: 2GB

- OS: Android 5.0

- Kamera: 13MP (depan belakang)

- Paparan: 6 inci HD penuh

- Bateri: 2930mAh

- Warna: Hitam, putih dan emas

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 8:34 AM