Oleh Muhammad Yusri Muzamir
am@hmetro.com.my

FOTO Ramzan Masiam

Georgetown: Universiti Sains Malaysia (USM) sudah mengenalpasti dua penuntutnya yang menyertai protes di perkarangan Parlimen, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Adnan Hussein, berkata pihaknya akan akan mempertimbangkan tindakan bersesuaian mengikut peraturan dan Perlembagaan USM.

"Kami masih belum memutuskan tindakan tata tertib bersesuaian yang boleh diambil terhadap dua penuntut terbabit," katanya pada sidang media ketika hadir pada sesi pendaftaran pelajar baru USM, di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini, universiti awam diarah mengambil tindakan tata tertib bersesuaian terhadap penuntut universiti awam yang menyertai protes di perkarangan Parlimen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 2:11 PM