KEADAAN mangsa yang maut akibat ditembak. FOTO ihsan pembaca
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my


Georgetown: Seorang pemungut hutang maut ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun ditembak ketika menunggang motosikal seorang diri dari arah Jelutong ke Gelugor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad, berkata berdasarkan siasatan yang dilakukan mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat sebelum jatuh.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan tembakan pada kepala dan anggota badan menyebabkan mangsa meninggal dunia ditempat kejadian.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 12:02 PM