Manchester United gagal membawa pulang tiga mata di Stadium Liberty. - AFP

Swansea: Pengurus Manchester United Louis van Gaal tidak mahu tergesa gesa menyertai pasaran perpindahan mengatasi masalah ketumpulan serangan selepas tewas 2-1 di Swansea City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Juan Mata meletakkan United mendahului minit ke-48 di Stadium Liberty semalam tetapi Swansea bangkit apabila pengurus Garry Monk menyusun formasi bahagian tengah membolehkan tuan rumah menjaringkan dua gol dalam masa lima minit.

Andre Ayew menyamakan kedudukan m-61 melalui tandukan lantun menewaskan Sergio Romero sebelum membuat hantaran cantik disudahkan Bafetimbi Gomis melepasi jangkauan Romero untuk gol kemenangan.

Kekalahan menamatkan rekod tanpa kalah United.

Skuad Van Gaal sekadar menjaringkan tiga gol daripada empat perlawanan.

Van Gaal berkata: "Anda tidak boleh mengatakan sudah berpuashati sekiranya menguruskan kelab seperti United.

"Apa yang pasti kami (United) tidak akan menandatangani sebarang pemain pada penghujung musim perpindahan tanpa menilai kemampuan mereka terlebih dahulu.

Dalam satu lagi perlawanan Southampton meraih kemenangan pertama musim membenam Norwich 3-0 menerusi jaringan Graziano Pelle dan dua penyudah Dusan Tadic.

Norwich beraksi 10 pemain selama sejam apabila Steven Whittaker dibuang padang m-31 kerana menerima dua kad kuning.”- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 11:12 AM